TERMA DAN SYARAT
Sila baca Terma dan Syarat ini (“Terma-terma”, “Terma dan Syarat”) dengan teliti sebelum menggunakan www.healthylittlebloomers.my atau www.hlbkids.my (“Laman”). Healthy Little Bloomers (HLB) dimiliki secara kolektif oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Majlis Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak, Malaysia (Majlis ECCE), Persatuan Pendidik Profesional Awal Kanak-kanak Malaysia (MAPECE), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan (PPKK), Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM), Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Persatuan Tadika Malaysia (PTM), Persatuan Tadika Sabah (PTS), dan Persatuan Pengusaha Tadika Sarawak (AKO). Program ini dibiayai oleh penaja-penaja korporat dan dikendalikan oleh Ultra Works sebagai urus setia program. MPA, Majlis ECCE, MAPECE, JKM, KEMAS, PPKK, MKKM, PPBM, PTM, PTS, AKO dan Ultra Works Sdn Bhd selepas ini akan dirujuk sebagai “kami”.
Akses anda kepada dan penggunaan Laman tertakluk pada penerimaan dan pematuhan anda terhadap Terma-terma ini. Terma-terma ini terpakai kepada semua pelawat, pengguna dan orang lain yang mengakses atau menggunakan Laman ini.
Dengan mengakses atau menggunakan Laman, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma berikut. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian dalam terma, maka anda tidak boleh mengakses Laman ini.
Had Tanggungjawab
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan (termasuk, dan tidak terhad kepada, ganti rugi akibat kehilangan data atau keuntungan, atau disebabkan gangguan perniagaan) yang berpunca daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan bahan-bahan di Laman ini, walaupun kami telah dimaklumkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut secara lisan atau bertulis. Oleh sebab sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pengehadan pada waranti tersirat, pengehadan liabiliti untuk ganti rugi berbangkit atau sampingan, pengehadan ini mungkin tidak terpakai kepada anda.
Semakan dan Ralat
Bahan-bahan yang dipaparkan di Laman ini mungkin mengandungi kesilapan teknikal, kesalahan tipografi atau fotografi. Kami tidak menjamin bahawa mana-mana bahan di Laman ini adalah tepat, lengkap atau terkini. Kami boleh membuat perubahan pada bahan yang terkandung di Laman ini pada bila-bila masa tanpa notis. Walau bagaimanapun, kami tidak memberikan sebarang komitmen untuk mengemas kini bahan-bahan tersebut.
Pautan ke Laman Web Lain
Laman kami mungkin mengandungi pautan ke laman web atau perkhidmatan pihak ketiga yang tidak dimiliki atau dikendalikan oleh kami.
Kami tidak mempunyai kawalan, dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, dasar privasi atau amalan mana-mana laman web atau perkhidmatan pihak ketiga. Anda selanjutnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung, ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan, atau didakwa disebabkan oleh, atau berkaitan dengan penggunaan atau pergantungan pada mana-mana kandungan, barangan atau perkhidmatan yang tersedia pada, atau melalui mana-mana laman web atau perkhidmatan tersebut.
Perubahan Terma
Kami berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk mengubah suai atau menggantikan Terma-terma ini pada bila-bila masa tanpa notis. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan versi semasa Terma-terma ini.
Undang-undang Terpakai
Sebarang tuntutan berkaitan dengan laman web ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia tanpa mengambil kira percanggahan peruntukan undang-undangnya.
DASAR PRIVASI
Kemas kini terakhir: 11 April 2022
Healthy Little Bloomers (HLB) dimiliki secara kolektif oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Majlis Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak, Malaysia (Majlis ECCE), Persatuan Pendidik Profesional Awal Kanak-kanak Malaysia (MAPECE), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan (PPKK), Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM), Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Persatuan Tadika Malaysia (PTM), Persatuan Tadika Sabah (PTS), dan Persatuan Pengusaha Tadika Sarawak (AKO). Program ini dibiayai oleh penaja-penaja korporat dan dikendalikan oleh Ultra Works sebagai urus setia program. MPA, Majlis ECCE, MAPECE, JKM, KEMAS, PPKK, MKKM, PPBM, PTM, PTS, AKO dan Ultra Works Sdn Bhd selepas ini akan dirujuk sebagai “kami”.
Halaman ini menerangkan kepada anda tentang dasar kami mengenai pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi yang kami terima daripada pengguna Laman.
Kami hanya menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk menyediakan dan menambah baik Laman. Dengan menggunakan Laman, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat mengikut dasar ini.
Pengumpulan Maklumat
Maklumat Peribadi: Ketika menggunakan Laman kami, kami mungkin meminta anda untuk memberikan maklumat tertentu yang boleh dikenal pasti secara peribadi, dan boleh digunakan untuk menghubungi atau mengenal pasti anda. Maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi mungkin mengandungi tetapi tidak terhad kepada nama anda.
Data Agregat dan Tanpa Nama: Data ini, termasuk data yang dikumpul secara automatik melalui pengendalian Laman ini, tidak akan mengenal pasti anda secara khusus. Kami mungkin mengumpul data penggunaan laman melalui penggunaan pelbagai teknologi, dan ketika sesetengah lawatan, kami mungkin menggunakan alat perisian untuk menilai dan mengumpulkan maklumat sesi, termasuk masa respons halaman, masa yang dihabiskan pada halaman tertentu dan sebagainya.
Penggunaan Data Anda
Maklumat Peribadi: Kami akan menggunakan data ini untuk tujuan ia disediakan dan bukan untuk tujuan lain. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (Akta), anda berhak untuk menghubungi kami di secretariat@healthylittlebloomers.my atau secretariat@hlbkids.my dan memohon agar:
Data Agregat dan Tanpa Nama: Kami menggunakan data ini untuk memahami pengguna Laman dengan lebih baik dan meningkatkan perkhidmatan kami. Kami mungkin menjalankan penyelidikan tentang demografik, minat dan tingkah laku pelawat berdasarkan Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan. Walaupun data agregat ini mungkin berdasarkan sebahagian daripada Maklumat Peribadi, anda tidak akan dikenal pasti secara peribadi. Kami mungkin berkongsi data jenis ini dengan pelbagai pihak ketiga, termasuk rakan program luar untuk tujuan bukan komersial (akademik).
Pendedahan Data Peribadi
Pendedahan Rakan Kongsi Program: Kami berhak untuk berkongsi Maklumat Peribadi dengan rakan kongsi program kami.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga: Kami mengupah syarikat lain untuk melaksanakan fungsi seperti menguruskan Laman ini. Walau bagaimanapun, pihak ketiga hanya akan diberikan Maklumat Peribadi tertentu yang diperlukan untuk melaksanakan fungsinya, dan mereka dikehendaki untuk melindungi Maklumat Peribadi tersebut.
Pendedahan kepada Pihak Lain: Di samping itu, kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi tanpa memberi anda pilihan dalam keadaan terhad berikut untuk: (1) melindungi hak undang-undang, privasi atau keselamatan kami, atau rakan kongsi dan ahli gabungan; (2) melindungi keselamatan dan kesejahteraan pelawat ke Laman kami atau laman-laman lain milik kami; (3) melindungi daripada penipuan atau aktiviti haram yang lain atau untuk tujuan pengurusan risiko; (4) menjawab pertanyaan atau permintaan pihak berkuasa awam; (5) membenarkan kami untuk melaksanakan remedi yang tersedia atau mengehadkan ganti rugi yang mungkin kami alami; (6) menguatkuasakan Terma & Syarat; atau (7) mematuhi undang-undang atau proses perlaksanaan undang-undang.
Pengguna Kanak-kanak
Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dilarang sama sekali daripada menyerahkan atau menyiarkan sebarang Maklumat Peribadi di Laman ini.
Perubahan kepada Dasar Peribadi Ini
Dari semasa ke semasa, kami mungkin menyemak semula Dasar Privasi ini. Sebarang perubahan pada dasar ini akan berkuat kuasa selepas Dasar Privasi yang telah disemak semula dimuat naik ke Laman ini. Anda akan dianggap telah bersetuju dengan perubahan tersebut sekiranya anda terus menggunakan Laman ini selepas perubahan sedemikian. Jika anda tidak bersetuju dengan terma-terma dalam Dasar Privasi ini, oleh sebab ia mungkin dipinda dari semasa ke semasa, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, sila hentikan penggunaan Laman ini.
Copyright © Healthy Little Bloomers by Ultra Works Sdn Bhd. All Rights Reserved.