Tentang Kami

Healthy Little Bloomers (HLB) adalah inisiatif pendidikan dengan matlamat jangka panjang untuk meningkatkan tahap kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak kecil. Program ini dibangunkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (PPM) dengan kerjasama organisasi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak (PPAKK) utama di seluruh Malaysia, termasuklah Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Malaysia (Majlis PPAKK), Persatuan Pendidik Profesional Awal Kanak-kanak Malaysia (PPPAKKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan (PPKK), Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM), Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Persatuan Tadika Malaysia (PTM), Persatuan Tadika Sabah (PTS), Persatuan Pengusaha Tadika Sarawak (PPTS). Tahun pertama (2022) program ini akan memfokuskan pada pemupukan kesedaran dan pencegahan penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak melalui kempen “Pembasmi Kuman Junior” (JGB). Peringkat seterusnya pada tahun-tahun yang akan datang akan memberikan tumpuan pada usaha untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak, dan kesedaran kesihatan mental. Melalui bimbingan pakar perubatan, gabungan kesihatan dan organisasi PPAKK terkemuka di Malaysia, bahan pendidikan untuk projek ini direka agar ia bersifat inklusif, dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia.

HLB bermatlamat untuk:

  • Memperkasakan pendidik melalui latihan untuk menjadi penyokong kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
  • Memupuk kesedaran tentang kesihatan dan keselamatan dalam kalangan kanak-kanak melalui pelajaran dalam kelas dan jerayawara.
  • Menyampaikan maklumat kesihatan dan keselamatan, bimbingan dan amaran wabak kepada ibu bapa.