TERMA DAN SYARAT
Sila baca Terma dan Syarat ini (“Terma-terma”, “Terma dan Syarat”) dengan teliti sebelum menggunakan www.healthylittlebloomers.my atau www.hlbkids.my (“Laman”). Healthy Little Bloomers (HLB) dimiliki secara kolektif oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Majlis Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak, Malaysia (Majlis ECCE), Persatuan Pendidik Profesional Awal Kanak-kanak Malaysia (MAPECE), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan (PPKK), Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM), Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Persatuan Tadika Malaysia (PTM), Persatuan Tadika Sabah (PTS), dan Persatuan Pengusaha Tadika Sarawak (AKO). Program ini dibiayai oleh penaja-penaja korporat dan dikendalikan oleh Ultra Works sebagai urus setia program. MPA, Majlis ECCE, MAPECE, JKM, KEMAS, PPKK, MKKM, PPBM, PTM, PTS, AKO dan Ultra Works Sdn Bhd selepas ini akan dirujuk sebagai “kami”.
Akses anda kepada dan penggunaan Laman tertakluk pada penerimaan dan pematuhan anda terhadap Terma-terma ini. Terma-terma ini terpakai kepada semua pelawat, pengguna dan orang lain yang mengakses atau menggunakan Laman ini.
Dengan mengakses atau menggunakan Laman, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma berikut. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian dalam terma, maka anda tidak boleh mengakses Laman ini.
Had Tanggungjawab
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan (termasuk, dan tidak terhad kepada, ganti rugi akibat kehilangan data atau keuntungan, atau disebabkan gangguan perniagaan) yang berpunca daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan bahan-bahan di Laman ini, walaupun kami telah dimaklumkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut secara lisan atau bertulis. Oleh sebab sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pengehadan pada waranti tersirat, pengehadan liabiliti untuk ganti rugi berbangkit atau sampingan, pengehadan ini mungkin tidak terpakai kepada anda.
Semakan dan Ralat
Bahan-bahan yang dipaparkan di Laman ini mungkin mengandungi kesilapan teknikal, kesalahan tipografi atau fotografi. Kami tidak menjamin bahawa mana-mana bahan di Laman ini adalah tepat, lengkap atau terkini. Kami boleh membuat perubahan pada bahan yang terkandung di Laman ini pada bila-bila masa tanpa notis. Walau bagaimanapun, kami tidak memberikan sebarang komitmen untuk mengemas kini bahan-bahan tersebut.
Pautan ke Laman Web Lain
Laman kami mungkin mengandungi pautan ke laman web atau perkhidmatan pihak ketiga yang tidak dimiliki atau dikendalikan oleh kami.
Kami tidak mempunyai kawalan, dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, dasar privasi atau amalan mana-mana laman web atau perkhidmatan pihak ketiga. Anda selanjutnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung, ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan, atau didakwa disebabkan oleh, atau berkaitan dengan penggunaan atau pergantungan pada mana-mana kandungan, barangan atau perkhidmatan yang tersedia pada, atau melalui mana-mana laman web atau perkhidmatan tersebut.
Perubahan Terma
Kami berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk mengubah suai atau menggantikan Terma-terma ini pada bila-bila masa tanpa notis. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan versi semasa Terma-terma ini.
Undang-undang Terpakai
Sebarang tuntutan berkaitan dengan laman web ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia tanpa mengambil kira percanggahan peruntukan undang-undangnya.
Copyright © Healthy Little Bloomers by Ultra Works Sdn Bhd. All Rights Reserved.